SHAHROL SHIRO NAFI HUBUNGAN DENGAN AJAK RENGGANG DAN SUDAH BERPECAH | Lama tak dengar kisah kumpulan Shiro. Sejak rancangan Maharaja Lawak Mega (2013) tamat, nama mereka macam sedikit tenggelam.
SHAHROL SHIRO NAFI HUBUNGAN DENGAN AJAK RENGGANG DAN SUDAH BERPECAH
Kalau ada pun yang terbaru, Shiro membintangi sebuah filem berjudul Ustaz Mu Tunggu Aku Datang pada bulan November tahun lepas.
Disebabkan itu jugalah timbulnya khabar angin yang mengatakan kumpulan duo ini sudah berpecah dan hubungan antara mereka semakin renggang. Betul, ke?
Yang isu berpecah tu, tak ada berpecah pun. Saya pun tak tau, mungkin orang kat luar nampak saya dengan program saya dan Ajak dengan program dia.
Shahrol yang ditemui pada sidang media sitkom Cakap Melayulah! tempoh hari memberitahu banyak syarikat produksi memerlukan hanya salah seorang daripada mereka dalam sesebuah program.
Sebenarnya saya ada hosting dengan Ajak di TVi, tapi tak tau kenapa tiba-tiba ada yang bagi offer asing-asing. Macam indopek, dia nak sorang. Cakap Melayulah! pun saya sorang juga.
Pada saya tak ada masalah sebab saya dah cakap dengan dia, ‘Lepas ni kalau dapat apa-apa, kau pergi la.’ Dia nak cari ilmu lain, saya pun sama. Bila kita balik kampung, kita akan bercerita jugak.
Mungkin media dan orang lain tak tau, tapi saya dengan Ajak still lepak dan borak sama-sama. Apa masalah dia, saya tau. Kami akan kekalkan nama Shiro dengan Maharaja Lawak yang akan datang.
Sementara itu, dalam sitkom terbarunya juga itu nanti Shahrol akan berlakon sebagai tukang pencuci warganegara Bangladesh disamping beberapa pelakon hebat seperti Nabil Ahmad, Ainul Aishah, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Cakap Melayulah! akan mula bersiaran di Astro Warna pada setiap hari Isnin bermula 23 Jun 2014jam 10 malam.
0 comments:
Post a Comment