AWAL DEDAH WAJAH WANITA YANG MENGUTUK ANAKNYA DENGAN KATA KESAT | Semalam Murai Batu dapat tahu pelakon jelita yang sedang hamil, Scha Al- Yahya telah dikejutkan dengan sebuah party Baby Shower oleh kenalannya ketika dia keluar bersama suaminya Awal Ashaari.
AWAL DEDAH WAJAH WANITA YANG MENGUTUK ANAKNYA DENGAN KATA KESAT
Walapun ianya tidak seperti party baby shower besar-besaran yang kebanyakan artis popular selalu lakukan, tapi Murai Batu lihat meriah juga apabila mereka adakan jamuan makan-makan bersama rakan-rakan mereka yang lain.
Banyak juga foto-foto yang dikongsi oleh pasangan ini di laman sosial Instagram masing-masing, Murai Batu dapat tahu pun sebenarnya menerusi Instgram mereka jugalah.
Namun, dalam keseronokan mereka itu, Awal tiba-tiba naik berang kepada salah seorang pengikut Scha di Instagram yang memberikan komen seolah-olah mengutuk anak yang dikandung Scha.
Pengikut atau follower itu yang merupakan seorang wanita dengan beraninya melemparkan kutukan menerusi satu komen ringkas di laman Instagram Scha-Alyahya dengan mengatakan bahawa dia bosan dengan sikap mengada-ngada Scha selain mendoakan anak mereka jadi sundal.
Awal yang kelihatan seperti tidak menahan kemarahannya, membalas komen si wanita dengan kata-kata yang pedas serta menyebarkan gambarnya di Instagram untuk tatapan peminat.
Berikut ialah dua jawapan marah Awal buat si wanita tersebut:
"Doakan semoga si polan atau anaknya nanti jadi orang yang baik baik, amin."
"You can change your IG name all you want but you cant change that ugly attitude of yours. I kasi u free publicity malam ni. I'm sure this is what u want, B."
0 comments:
Post a Comment