JANDA SANGGUP 'JUAL TUBUH' UNTUK LANGSAIKAN HUTANG AH LONG
Turut ditahan dalam serbuan sama seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun disyaki bapa ayam dan mengatur perjalanan wanita terbabit.
Ketua Penyelaras Operasi bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata, ada wanita terbabit mendakwa kematian suami dan berpisah dengan pasangan masing-masing menyebabkan mereka terpaksa bekerja sendiri untuk menyara keluarga.
“Ada yang mengaku berhutang dengan peminjam wang haram sehingga mencecah RM10,000 dan disebabkan tidak mampu membayar hutang, wanita berkenaan mendakwa datang ke negara ini dan sanggup melakukan apa saja untuk melunaskan hutang.
“Tidak kurang juga ada yang memberi alasan terpaksa mencari wang untuk menyara anak di kampung.
“Apa jua alasan diberikan, kami terpaksa bertindak dan menahan mereka kerana melanggar peraturan negara ini,” katanya.
Masri berkata, kebiasaannya wanita berkenaan akan berkeliaran di kaki lima deretan rumah kedai di kawasan sekitar termasuk duduk di restoran berhampiran untuk menggoda pelanggan yang lalu.
Menurutnya, mereka bukan saja memakai pakaian menghairahkan, malah ada antara wanita berkenaan menggoda pelanggan dengan ‘mengenyit’ mata untuk menarik perhatian lelaki hidung belang yang mudah cair dengan pujukan sedemikian.
Katanya, sekiranya mahu mendapatkan perkhidmatan seks wanita terbabit, bapa ayam akan menghantar pelanggan ke bilik khas lengkap dengan katil dan bilik air bagi memudahkan mereka melakukan hubungan seks selama 45 minit.
“Kadar bayaran yang dikenakan sekitar RM70 dan RM100 bergantung kepada umur, susuk tubuh dan kejelitaan wanita berkenaan.
“Dalam serbuan ini, beberapa pegawai dan anggota kami turut menyamar sebagai pelanggan dan hasilnya, kami berjaya menahan semua pelacur terbabit termasuk bapa ayam yang menguruskan mereka,” katanya, lapor Bernama.
0 comments:
Post a Comment