BENARKAH ISU GADIS BERTUDUNG DALAM GEREJA INI BERLAKU DI MALAYSIA..?? | Rakyat Malaysia digemparkan dengan penyebaran foto gadis bertudung dalam gereja yang didakwa murtad beramai-ramai. Sejauh manakah kebenaran isu ini?
BENARKAH ISU GADIS BERTUDUNG DALAM GEREJA INI BERLAKU DI MALAYSIA..??
Baru-baru ini, beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.
Persoalannya, adakah kejadian iIni berlaku di Malaysia? Benarkah mereka melakukan upacara penyembahan di dalam gereja tersebut? Jawapannya TIDAK! Kejadian ini berlaku di Indonesia dan mereka merupakan penuntut dari sebuah fakulti yang hanya melakukan lawatan ke gereja tersebut.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Hal ini disahkan melalui sebuah posting dari saudara Aloys Purnomo dari Indonesia di laman Facebook miliknya.
Dakwaan mereka melakukan upacara penyembahan juga tidak benar. Malah, para pelajar tersebut turut diberikan kemudahan untuk menunaikan solat Maghrib di gereja berkenaan.
Kesimpulannya, fitnah yang telah disebarkan ini merupakan satu perbuatan keji dalam Islam. Harap kita semua mendapat pengajaran daripada insiden ini dan tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan.
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 comments:
Post a Comment