SENSASI!! ISU BELASAH ISTERI DALAM BANK, AWIE CABAR KEMUKA BUKTI | Ampang: Penyanyi dan pelakon Awie tidak akan mengulas lanjut mengenai desas-desus kononnya dia memukul isterinya, Rozana Misbun di tempat awam baru-baru ini melainkan dakwaan itu dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak di luar sana.
SENSASI!! ISU BELASAH ISTERI DALAM BANK, AWIE CABAR KEMUKA BUKTI
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 44, berkata, perihal rumah tangga adalah sesuatu yang peribadi dan dia tidak akan mendedahkan sebarang cerita mengenainya kecuali keadaan memaksa.
"Buktikanlah dulu di pihak mana yang keluarkan cerita itu. Saya bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar jika ia dapat dibuktikan.
"Setakat ini saya tak nak kata iya atau tak. Buktikan kalau benda itu betul adakah ia datang dari pihak terdekat atau orang luar?" katanya.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Long Jack di Bora Ombak di sini, sebentar tadi.
Beberapa hari lalu, timbul ura-ura mendakwa seorang penyanyi rock dilihat memukul isterinya di tempat awam dipercayai kerana perselisihan faham antara mereka akibat isu kewangan.
Sumber memberitahu, saksi di tempat kejadian mendakwa penyanyi dimaksudkan itu adalah Awie.
0 comments:
Post a Comment