RITA RUDAINI ORANG PALING GEMBIRA DENGAN 'SKANDAL' ZAQUAN ADHA? | Kecoh industri hiburan semalam apabila tersebar beberapa keping gambar screenshot pemain bola kebangsaan Zaquan Adha yang dikatakan bermain cinta denggan seorang gadis di aplikasi WeChat.
RITA RUDAINI ORANG PALING GEMBIRA DENGAN 'SKANDAL' ZAQUAN ADHA?
Namun perkara itu telah dinafikan oleh isterinya Ayu Raudhah yang mengatakan akaun WeChat tersebut adalah palsu.
Terbaru, rata-rata peminat tidak mahu pelakon Rita Rudaini memberikan apa-apa.komen berhubung isu skandal bekas iparnya, Zaquan Adha dengan wanita lain.
Malah, mereka turut memohon agar pelakon jelita yang juga bekas isteri kepada kembar Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan supaya berdiam diri serta mengunci mulut jika diajukan dengan pertanyaan berhubung isu tersebut.
Peminat Rita Rudaini bersikap demikian kerana bimbang kalau-kalau pihak media menggunakan ibu tunggal kepada 2 anak itu dengan tujuan untuk melaga-lagakan dia dengan bekas birasnya, Ayu Raudhah.
Yang paling menarik mereka juga meminta agar Rita Rudaini hanya membaca komen-komen mereka mengenai isu skandal Zakuan Adha itu tanpa membalas semula komen mereka.
Namun, kebanyakan mereka menganggap bahawa isu skandal tersebut sebagai satu pembalasan terhadap Ayu kerana mereka mendakwa Ayu pernah cuba mencampuri urusan rumahtangga Rita dan Aidil sewaktu rumahtangga mereka bergolak tidak lama dahulu.
0 comments:
Post a Comment