GADIS SELAMAT WALAUPUN DITEMBAK DAN DICAMPAK KE TERUSAN

GADIS SELAMAT WALAUPUN DITEMBAK DAN DICAMPAK KE TERUSAN | Seorang gadis Pakistan, Saba Maqsood, 18, terselamat walaupun telah ditembak sebanyak dua kali oleh ahli keluarganya selepas mereka membantah keputusannya berkahwin dengan jejaka pilihannya.

GADIS SELAMAT WALAUPUN DITEMBAK DAN DICAMPAK KE TERUSAN

Selepas ditembak, ahli keluarga Saba termasuk ayahnya, abang, pakcik dan makciknya kemudian mencampanya ke sebuah terusan.

Seorang jurucakap polis, Ali Akbar berkata tindakan ahli keluarga Saba itu sebagai mengajar anak mereka supaya tidak mengingkari perintah mereka yang menghalang Saba daripada mengahwini jejaka yang dicintainya yang tidak mendapat restu daripada keluarga Saba.

Menurutnya lagi, mangsa telah mengahwini jirannya, Muhammad Qaiser lima hari lalu yang mana menentang kemahuan kedua ibu bapanya.

Selepas keluarga Saba mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Saba telah dibawa ke sebuah daerah Hafizabad, ditembak sebanyak dua kali, diikat dalam sebuah guni dan kemudiannya dicampak ke sebuah terusan kerana mereka menyangkakan Saba sudah mati ketika ditembak.

Saba kemudiannya telah diselamatkan oleh orang yang lalu lalang di terusan tersebut dan akibat perbuatan kejam ahli keluarganya, Saba dilaporkan cedera di bahagian pipi dan tangan kanannya.



Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment