BEKAS MODEL NASIHATKAN KATE MIDDLETON BERPAKAI SOPAN | Britain – Bekas model glamor, Katie Price telah menasihatkan Kate Middleton supaya memakai gaun labuh di khalayak ramai bagi mengelakkan Duchess of Cambridge itu mendapat malu.
BEKAS MODEL NASIHATKAN KATE MIDDLETON BERPAKAI SOPAN
Ia susulan gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar Jerman, Bild yang menyiarkan gambar punggung Kate selepas skirtnya terselak akibat ditiup angin.
“Satu-satu cara beliau boleh menjamin bahawa kejadian sama tidak berulang ialah dengan memakai pakaian yang labuh.
“Kate berkahwin dengan bakal raja Britain dan merupakan salah seorang wanita yang sering menjadi tumpuan paparazzi di duna.
“Paparazzi akan cuba mengambil gambar yang boleh dijual,’’ katanya dalam blog mingguan yang diterbitkan Now Magazine.
Penyiaran gambar Kate itu mendapat liputan meluas, dengan pelbagai reaksi diterima.
Ada yang mengkritiknya kerana ia menjatuhkan maruah Kate manakala yang menyokong pula menyifatkan tiada salah gambar itu disiarkan memandangkan Kate sendiri tidak peduli untuk menjaga dirinya.
0 comments:
Post a Comment