(VIDEO) WOW!! LET IT GO (FROZEN) VERSI RAMADHAN

(VIDEO) WOW!! LET IT GO (FROZEN) VERSI RAMADHAN | Umum mengetahui, filem Frozen telah mencetuskan fenomena tersendiri terutama dalam kalangan kanak-kanak.

(VIDEO) WOW!! LET IT GO (FROZEN) VERSI RAMADHAN

Tidak hairanlah di sana sini kedengaran anak-anak kecil menyanyikan lagu ‘Let It Go’ dengan penuh perasaan.

Bagi ibu bapa muslim, sebenarnya ada cara untuk mengambil kesempatan daripada kegilaan anak-anak anda terhadap filem ini sambil mendidik.

Caranya, perdengarkan lagu Let It Go versi parodi yang dinyanyikan Amar tetapi liriknya sudah ditukar tentang Ramadan.



Berikut adalah liriknya:

Di malam yang indah dan hening
Ku tak sabar menanti
Bulan yang sungguh istimewa
Bulan yang diberkati

Di dalamnya rahmat juga keampunan
Besar ganjaran yang dijanjikan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa

Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Padanya diturunkan Al-Quran yang mulia
Di penghujungnya ada malam lebih baik dari seribu bulan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa

Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Allah menjanjikan dua kenikmatan
Bagi hamba yang ikhlas berpuasa keranaNya
Nikmat di saat bila kita berbuka
Dan di saat kita berjumpa denganNya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa

Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Mudah-mudahan dengan cara ini, anak-anak kita bukan sahaja berhibur tapi pada masa sama terdidik tentang kelebihan Ramadan yang sudah semakin dekat menghampiri.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment