UPDATE: GAMBAR NGERI MANGSA TETAK DI KENINGAU SABAH

UPDATE: GAMBAR NGERI MANGSA TETAK DI KENINGAU SABAH | Satu status dan video di Facebook tentang kekejaman pendatang asing di Keningau, Sabah ketika melakukan jenayah kini tersebar.

UPDATE: GAMBAR NGERI MANGSA TETAK DI KENINGAU SABAH

Bersama status tersebut, turut disertakan contoh kes dan gambar mengerikan keadaan mangsa yang ditetak dengan teruk dalam satu kejadian gaduh pada 1 Jun lalu, jam 5.30 petang.

Mengikut laporan polis dibuat mangsa, dia cedera ditetak dengan parang di siku kiri hingga terpaksa menerima lima jahitan di Hospital Keningau.

Saudaranya bernama Analem Tony, 31, dan Manayon Raw Palanok, 39, turut mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki antara tujuh hingga lapan orang menggunakan senjata tajam termasuk parang, besi dan kayu.

Analem mengalami kecederaan di muka apabila terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri manakala Manayon menerima sebelas jahitan di kepala sebelah kiri akibat ditetak dengan parang.

Bagaimanapun, siasatan mendapati insiden ini berpunca daripada masalah peribadi yang bermula di sebuah kedai karaoke selepas mangsa mengambil minuman keras .

Pengadu bersama saudaranya yang berada di kedai karaoke tersebut sejak jam 3 petang bersama empat wanita dipercayai menimbulkan perasaan tidak puas hati seorang suspek yang bertindak memukul saudara pengadu di luar kedai.

Apabila dimaklumkan hal ini, pengadu bersama Analem dan Manayom mengejar suspek yang melarikan diri hingga ke kawasan Pasar Umum. Di sana sudah terdapat antara tujuh hingga lapan lelaki menanti mereka lalu bermulalah insiden gaduh dan tetak menetak.

Jika dilihat, insiden ini bermula daripada pergaduhan peribadi yang tak boleh juga nak disalahkan PATI seratus peratus.

Bagaimanapun apa yang dapat disampaikan menerusi penyebaran status Facebook sebegini adalah, kebanyakan pendatang asing memiliki hati kering dan setakat menetak orang dengan parang adalah perangai biasa mereka apabila bergaduh, lapor Mynewshub.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment