SENSASI!! AIMAN MAKI HAMUN FATHIA KERANA PERCAYA KOMEN NEGATIF?

SENSASI!! AIMAN MAKI HAMUN FATHIA KERANA PERCAYA KOMEN NEGATIF? | Masa mula-mula bercinta memang semuanya manis, kan? Tapi bila dah lama, salah sikit pun boleh jadi isu hingga bergaduh besar.

SENSASI!! AIMAN MAKI HAMUN FATHIA KERANA PERCAYA KOMEN NEGATIF?

Ya, itu semua lumrah berpasangan dan ada kena mengena sikit dengan kisah percintaan antara Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza.

Menerusi Metro Ahad semalam, akhbar tersebut melaporkan Aiman pernah memarahi dan memaki hamun Fathia selepas mempercayai komen negatif seorang peminat di laman blog hiburan minggu lalu.


Tambah laporan itu lagi, butir bicara Aiman tidak dapat dipastikan namun difahamkan kata-kata tersebut sangat kasar dan boleh menjatuhkan air muka Fathia.

Kalau ada yang tertanya-tanya sama ada hubungan mereka terjejas kerana perkara itu, jawapan Fathia menjelaskan seperti segalanya masih terkawal.

Hubungan kami masih okay walaupun ada pasang surutnya. Soal jodoh, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Bercinta bertahun-tahun pun, andai tiada jodoh tidak ke mana juga.


Tapi apa yang pelik, Fathia nampaknya tidak berharap perhubungan mereka akan berakhir dengan ikatan perkahwinan seperti diidamkan pasangan bercinta yang lain.

Bercinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Justeru, saya tidak meletak apa-apa harapan terhadap hubungan ini.

Apapun, semoga Aiman dan Fathia bertemu jodoh hingga ke jinjang pelamin memandangkan mereka pun dah rapat dengan keluarga masing-masing. Apatah lagi, kedua-duanya sama cantik sama padan. Mesti anak-anak comel belaka nanti.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment