ISU FOTO BIKINI, MARIA FARIDA SALAHKAN PEMINAT BERFIKIRAN KOTOR | Pada Sabtu lalu, aktres jelita Maria Farida, 44, telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).
ISU FOTO BIKINI, MARIA FARIDA SALAHKAN PEMINAT BERFIKIRAN KOTOR
Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada pelakon itu.
Bercakap kepada mStar online, Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbaur lucah menerusi foto pakaian dalam yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.
Dia juga berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.
"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.
"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya.
Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram.Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram.
Tambah pelakon yang popular dengan filem 'Datin Ghairah' itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.
"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.
"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.
"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.
Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.
Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini.
0 comments:
Post a Comment