Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin.
Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara terkoyak menerusi tusukan pertama.
Malam pertama memberi banyak cabaran kepada pasangan lelaki dan wanita, terutama yang suci. Jika pasangan wanita menyimpan kesuciannya selama ini, sudah tentu malam pertama memberi makna besar kepadanya. Ini kerana dia dapat memberi anugerah yang sungguh bernilai kepada lelaki dicintainya.
Seseorang wanita perlu tahu dia tidak harus berasa takut atau ‘seriau’ hingga peristiwa pada malam pertama menghadirkan tekanan kepadanya dan pasangan. Dia perlu melayani pasangan dengan membalas sentuhan dan belaian yang pasangannya lakukan, supaya sentuhan malam pertama lancar.
Wanita juga perlu bersabar jika pasangan tidak melakukan sentuhan pertama malam itu kerana mungkin belum dapat sesuaikan diri dengan persekitaran atau letih untuk memberi tumpuan kepada hubungan seks.
Apabila keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual akan dilakukan dan sentuhan malam pertama berlaku. Si dara perlu tahu memainkan fungsinya apabila pasangan mendekati dan mula menyentuh tubuhnya.
Cara yang disarankan oleh orang Melayu ialah, suami duduk bersila setelah melakukan istimta’ yang secukupnya. Isteri didudukkan menghadap suami dalam keadaan mencangkung dan farajnya berada di atas zakar.
Di sepanjang posisi ini dilakukan suami tidak memainkan peranan yang aktif, tetapi hanya mencumbu dan membelai isteri bagi meningkatkan kenikmatannya.
Zakar dihalakan ke arah lubang faraj, kemudian isteri akan memasukkan zakar ke dalam liang farajnya dengan memandukannya dengan tangannya dan kemudian menekan farajnya ke arah kepala zakar dan memasukkan zakar sedikit demi sedikit.
Isteri akan berada di dalam keadaan nikmat dan sakit yang meningkat dan menurun semasa proses memecah dara. Isteri akan membuat pilihan, dia akan menekankan farajnya agar zakar masuk lebih dalam apabila nikmat yang dirasainya lebih hebat dari kesakitan. Isteri akan berhenti sejauh mana dia merasa kesakitan lebih hebat dari kenikmatan. Bila kenikmatan meningkat kembali, dia akan menyambung kerjanya itu, agar zakar dapat masuk lebih dalam. Dengan cara ini akhirnya dara terkoyak, dan kemudian persetubuhan akan diteruskan dalam posisi yang lain atau dihentikan lalu dilakukan pada masa yang lain.
Kenikmatan pada isteri masa memecah dara itu dapat ditingkatkan dengan cumbuan dan rangsangan dari suami ke arah buah dada, pinggang, tengkuk, leher, mulut dan telinga isteri. Dalam ertikata lain, suami perlulah melakukan cumbuan yang berterusan agar isteri itu lupakan dirinya dan kesakitan. Menghisap lidah isteri adalah amat baik dilakukan pada ketika itu.
Dia boleh membantu pasangannya bersedia dan menyentuh pasangannya mengikut keselesaan pasangan supaya perasaan syahwat pasangan membara. Wanita perlu berhati-hati apabila menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu kerana mungkin mengakibatkan pasangannya hilang kawalan syahwat dan klimaks awal. Jika ini berlaku, jangan terperanjat!
Jika sentuhan dan geselan anggota sulit terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut serentak dengan sentuhan tubuh badan supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap.
Bagaimanapun, jika masih kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli untuk memudahkan lagi kemasukan zakar.
Masalah boleh berlaku apabila teruna tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.
Jika berasa seriau, dia akan hilang perasaan rangsangan dan ereksi yang ‘membina’ itu akan terus kendur dan hilang kekerasan. Dia akan gagal melakukan penembusan faraj yang biasa dikaitkan dengan malam pertama kepada pasangannya.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati pucuk malam pertama’. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika pengantin wanita berasa seriau, dia tidak akan dapat mengawal pembukaan faraj. Ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalannya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’ atau cengkaman faraj tanpa kawalan.
Senario dijelaskan tadi jarang berlaku apabila pasangan peka mengenai ‘malam pertama’ dan bersama-sama membuat persediaan dengan mendapat maklumat mengenai fungsi yang mereka berdua perlu ambil ketika menyelenggarakan adegan malam pertama. Sangat nikmat, jika suami isteri melakukan french kiss ketika proses tusukan zakar ke dalam faraj.
0 comments:
Post a Comment