RENGEKAN MISTERI DARI DALAM TANDAS PESAWAT

RENGEKAN MISTERI DARI DALAM TANDAS PESAWAT | Seorang wanita British berusia dalam lingkungan 20-an telah ditangkap ketika sedang mengadakan hubungan seks dalam tandas kapal terbang yang dinaikinya, baru-baru ini.


RENGEKAN MISTERI DARI DALAM TANDAS PESAWAT

Wanita itu ditangkap mengadakan hubugan kelamin dengan seorang penumpang lelaki yang baru dikenali dalam penerbangan Virgin Atlantic dari London ke Las Vegas itu.

Kedua-dua penumpang tersebut yang mabuk kemudiannya telah digari tangannya oleh krew kabin tersebut sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa gadis tersebut yang turut berada sama dalam penerbangan terbabit.

Perbuatan pasangan tersebut disedari penumpang lain yang terdengar bunyi kuat datang dari arah tandas yang kemudiannya telah memaklumkan perkara itu kepada krew yang bertugas.

Selepas mendarat, penumpang lelaki dan wanita itu telah disoal siasat namun telah dilepaskan dengan syarat oleh pihak polis.

Kejadian ini berlaku selepas insiden seorang lelaki Australia mabuk cuba membuka pintu kokpit kerana menyangkakan itu adalah pintu tandas ketika dalam penerbangan dari Brisbane ke Bali, Indonesia.

Takut dengan pelbagai kemungkinan pengganas, juruterbang telah membunyikan isyarat kecemasan dan lelaki tersebut telah ditahan sebaik mendarat.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment