ORANG YANG BERTANYA ITU SEBENARNYA PERIBADI PUN JAHANAM!' - DATUK RAMLI MS | Datuk Ramli Ms menegaskan dia akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak cuba bertanyakan soalan berkaitan kehidupan peribadinya.
'ORANG YANG BERTANYA ITU SEBENARNYA PERIBADI PUN JAHANAM!' - DATUK RAMLI MS
“Saya akan mengambil tindakan mahkamah!,”tegas Datuk Ramli MS.
Menurut pemuzik kelahiran Singapura itu, soalan yang sering diajukan kepadanya mengenai hubungannya dengan penyanyi Alyah tidak relevan dengan industri seni tanah air.
Malah Ramli Ms menganggap pihak yang selalu bertanyakan hal peribadinya sebagai seseorang yang ‘bermasalah’.
“Saya sudah 40 tahun dalam industri. Kerja saya adalah keutamaan saya. Kalau bertanya berkaitan dengan muzik, saya boleh cerita satu buku.
“Orang yang bertanya itu pun sebenarnya peribadi pun jahanam. Kalau peribadinya elok, dia tidak akan tanya pasal hal orang lain” ujar pengarah muzik kelahiran Geylang, Singapura ini,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, orang seni hanya berhak untuk ditanya dan dikritik tentang karyanya sahaja.
“Kita bukan public toilet, peribadi adalah hak peribadi yang tiada siapa boleh sentuh. Saya ada batas garisan saya. Tapi bila sudah sampai ke satu tahap garisan yang melampau, saya akan mengambil tindakan mahkamah,” jelas Ramli MS.
Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul berkaitan hubungannya dengan Alyah dan dikatakan bercinta sejak tahun 2010.
0 comments:
Post a Comment