KEMPEN PENYUSUAN BADAN DIKECAM KERANA KETERLALUAN

KEMPEN PENYUSUAN BADAN DIKECAM KERANA KETERLALUAN | Iklan untuk kempen penyusuan susu ibu telah mendapat kecaman ramai kerana ia tidak menggambarkan langsung mengenai aspek penyusuan.

KEMPEN PENYUSUAN BADAN DIKECAM KERANA KETERLALUAN

Sebaliknya iklan yang memaparkan selebriti aktres Camila Sodi dan peninju La Barby Juarez itu seolah-olah satu pertunjukan badan.Dalam iklan itu Sodi tidak berbaju dan hanya menutup dadanya dengan banner . Ia dikecam kerana iklan itu lebih bersifat provokatif dan seksi.

Kempen penyusuan ibu di Negara itu terpaksa diadakan bagi menggalak kaum wanita menyusu badan bayi mereka. Mexico merupakan antara negara di Amerika Tengah yang mempunyai kadar penyusuan badan yang rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan ibu-ibu menyusu bayi mereka sehingga usia bayi enam bulan namun hanya 14 peratus wanita di Mexico menyusukan bayi mereka.

Faktor seperti kekurangan zat, cuti bersalin yang tidak sempurna dan ketiadaan peluang untuk mengepam susu di pejabat menyebabkan wanita memberi susu formula kepada bayi mereka.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment