JANDA 'HOT' RUNSING DIKEJAR RAMAI LELAKI
Namun, bukan mudah menjadi ibu tunggal, maklumlah masyarakat setempat mempunyai pelbagai persepsi negatif mengenai status baru saya.
Tambah pula saya tidak mengenakan hijab serta gemar bergaya membuatkan saya dilihat sebagai ancaman kepada golongan isteri di kejiranan saya.
Malah jiran yang sebelum ini sering bertegur sapa, enggan lagi datang bertandang di rumah untuk bersembang mahupun bertukar-tukar berita.
Saya hairan kerana saya seharusnya mendapat sokongan wanita lain dalam saat kritikal ini.
Ikutkan hati, mahu saja saya berhenti kerja serta berpindah ke kampung, tetapi majikan menasihati saya supaya tidak mempersiakan kerjaya saya yang stabil.
Saya serba salah memikirkan tiada siapa boleh saya gantung harap untuk berkongsi masalah. Saya tertekan berdepan situasi ini.
MASHITAH
Masjid Tanah, Melaka
Merenung masalah puan, ibaratnya sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah gagal mempertahankan perkahwinan disebabkan suami berselingkuh dengan teman sekerjanya, kini status ‘ibu tunggal’ membuatkan puan dipulau rakan mahupun jiran.
Dalam situasi ini, puan kena bertegas dan pandai membawa diri. Meskipun tahap pendidikan serta sosial berubah, ada persepsi melihat status ‘janda’ sebagai senjata yang mengancam hubungan suami isteri lain.
Sebenarnya hanya segelintir wanita memegang status berkenaan membuat salah laku lalu terpalit pada sesiapa saja yang menjadi ibu tunggal. Seperti kata pepatah ‘hanya disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga’.
Ciri bertegas dan membawa diri penting supaya puan dilayan penuh hormat serta tiada siapa boleh mengambil kesempatan.
Selain itu, mungkin ujian yang datang boleh mendorong puan menjadi lebih baik iaitu mula mengasuh diri supaya mengenakan pakaian lebih sopan dan mengikut suruhan agama.
Jadi lihat sudut positif berbanding memandang semua ujian itu hanya bala semata-mata. Insya-Allah, puan lebih tenang serta mengorak langkah mula hidup baru dengan lebih baik.
0 comments:
Post a Comment