(GAMBAR) DUA POLIS PERKOSA, GANTUNG GADIS

(GAMBAR) DUA POLIS PERKOSA, GANTUNG GADIS | Lucknow: Polis semalam menahan tiga lelaki yang didakwa merogol dan menggantung dua gadis adik-beradik berusia belasan tahun pada pokok di utara India.

(GAMBAR) DUA POLIS PERKOSA, GANTUNG GADIS

Superintendan Atul Saxena berkata, dua daripada suspek itu anggota polis.

Penduduk kampung menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung pada pokok pagi kelmarin selepas dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Katra, Uttar Pradesh.

Bedah siasat menunjukkan mereka dirogol dan dicekik hingga mati sebelum digantung.

India mengetatkan undang-undang antirogol tahun lalu selepas bantahan seluruh negara berhubung jenayah itu yang semakin menjadi-jadi di seluruh negara.

Rekod menunjukkan kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di seluruh India.

Bagaimanapun, aktivis berkata, jumlah itu rendah kerana ramai mangsa keberatan untuk membuat laporan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment