(GAMBAR) ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH PEROMPAK | Parit Buntar: Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh penjenayah yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di sini, jam 1 petang tadi.
(GAMBAR) ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH PEROMPAK
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas dua anggota polis unit rondaan bermotor (URB) yang menerima maklumat bertindak mengejar suspek yang baru melakukan samun di kawasan berhampiran.
"Anggota yang mengejar sebuah Toyota Wish yang dinaiki suspek bagaimanapun tiba-tiba dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta lain yang dipercayai dinaiki rakan suspek sehingga menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 50 meter ke tepi jalan.
"Anggota yang dipercayai bertugas Di Balai Polis Kuala Kurau di sini, dikenali sebagai mohd Azuan, 24 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah di anggota badan.
"Sementara rakan setugasnya parah dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan," katanya.
Menurutnya, gerakan mengesan suspek bersama kenderaan terbabit sedang giat dijalankan.
Kali terakhir kenderaan suspek dilihat menghala ke jalan Alor Pongsu.
0 comments:
Post a Comment