DUA WANITA DIDAPATI BERSALAH MENGOYAK HELAIAN AL-QURAN

DUA WANITA DIDAPATI BERSALAH MENGOYAK HELAIAN AL-QURAN | Birmingham – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.

DUA WANITA DIDAPATI BERSALAH MENGOYAK HELAIAN AL-QURAN

Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.

Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.

Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.

Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.

“Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.

“Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, ‘’ kata pendakwaraya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment