BAYI BERUSIA 3 BULAN MENDERITA AKIBAT KRIM DARI KLINIK KESIHATAN

BAYI BERUSIA 3 BULAN MENDERITA AKIBAT KRIM DARI KLINIK KESIHATAN | Seorang bayi berusia 3 bulan menderita akibat krim yang diberi oleh sebuah klinik kesihatan di Kuala Berang.

BAYI BERUSIA 3 BULAN MENDERITA AKIBAT KRIM DARI KLINIK KESIHATAN

Pipi bayi malang itu mengalami kemerahan serta lehernya berair semenjak 10 hari yang lalu dipercayai akibat krim tersebut yang diberi oleh klinik kesihatan ketika mendapatkan rawatan imunisasi pada 20 April yang lalu.

Hari pertama, ibunya Norkartini Embong menyapu ubat itu menyebabkan pipi anaknya Che Wan Nurfalysa Emeylie Sofea menjadi merah dan lehernya berair. Selepas 3 hari menyapu krim berkenaan, leher anaknya pula bertukar kemerahan.

Panik dengan keadaan yang menimpa anaknya itu, Norkartini membawa anaknya ke farmasi serta klinik swasta untuk mendapat kepastian ubat yang digunakan itu.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menghantar doktor pakar untuk melihat keadaan bayi itu dari semasa ke semasa. Siasatan lanjut juga sedang dijalankan serta memberi rawatan kepada bayi Norkartini Embong.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment