AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR - LAGI ARTIS DILANTIK SEBAGAI AYAHANDA PEKIDA



LAGI ARTIS DILANTIK SEBAGAI AYAHANDA PEKIDA | Seorang lagi artis dilantik sebagai ayahanda Pekida.Pelakon Boy Iman dilantik di Majlis Jemaa Cochrane (MJC). Lepas ni boleh la dia sama-sama jaga kawasan dengan Awie.


Amar makruf nahi mungkar - lagi artis dilantik sebagai Ayahanda Pekida

Lima syarat dilantik sebagai khalifah @ ayahanda…///

Dengan nama Allah yang maha agong dengan kebesarannya. Sejahterta atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sekelian ahli keluagranya, sahabatnya, pengikut sahabat dan orang yang menuruti dari masa kesemasa hingga hari kiamat.

Telah disampaikan bahawasanya seseorang yang menjadi pemimpin, khalifah, ayahanda, syeikh atau guru itu mestilah ia mencukupi akan syarat-syaratnya. Dan ulama telah menetapkan beberapa syarat untuk seseorang itu layak menjawat pangkat yang tersebut, antaranya yang pertama-tama dititikberatkan ialan tentang ilmu alquran dan assunnah sepertimana yang dijelaskan oleh maulana asy-syeikh khalifah at-thariqah syah waliyullah ad-dahlawi pengasas kepada thariqah chistiyah antara 40 thariqah muktabar.

Beliau menjelaskan bahawa seorang yang layak untuk memegang jawatan sebagai pemimpin atau khalifah itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan tentang kitab alquran dan assunnah yakni tidak perlulah dia hafaz akan keseluruhan alquran, bahkan memadalah kalau dia telah mempelajari kitab-kitab 'al-mudarik' atau 'al-jalalain' atau yang seumpamanya dengan guru tafsir secara benar. Mengtahui akan makna bacaan, huraian dan tafsiran serta asbab turunnya ayat alquran tersebut serta dapat menghuraikannya.

Mestilah mengetahui juga akan ilmu assunnah yakni pengetahuan tentang hadis-hadis nabi dan tahu akan sifat-sifat hadis serta dapat menghuraikan pengertian hadis tersebut dan juga mampu menghuraikan akan huraian dan makna bagi hadis-hadis yang aneh bunyinya. Mempunyai ilmu tentang kelas-kelas hadis agar hadis yang digunapakai adalah hadis-hadis yang baik dan sahih serta dapat membezakan akan hadis yang palsu.
Pentingnya ilmu berkenaan alquran dan assunnah ini ada pada mereka yang layak bergelar pemimpin, khalifah, ayahanda, syeikh atau guru ini ialah kerana asas konsep baiah yang dilakukan serta penerimaan baiah itu adalah dikeranakan matlamat baiah adalah "amar ma'aruf nahi munkar".
Persoalannya di sini, selama hari ini, berapa ramaikah diantara mereka yang bergelar 'tok ayah', 'paduka ayahanda', 'ayahanda', 'khalifah' yang dapat mencukupi syarat yang pertama ini untuk memakai gelaran-gelaran tersebut???

Itu baru syarat yang pertama. Masih ada beberapa syarat lagi yang belum dinyatakan.

Kata syah waliyullah addahlawi lagi ialah seorang yang layak memimpin atau bergelar khalifah, ayahanda, syeikh atau guru itu mestilah dia seorang yang adil dan taqwa. Adil bermakna 'meletakkan sesuatu kena pada tempatnya' yakni bersesuaian dengan apa yang sepatutnya. Dan, apakah taqwa itu? Semua orang cukup mudah menyebut kalimah taqwa. Dan lagi dia mestilah seorang yang sentiasa menjauhi akan dosa-dosa besar dan tidak pula mengekali akan dosa-dosa kecil.

Seterusnya hendaklah mempunyai sifat zahid dari kemewahan dunia dan sangat cinta pula akan akhirat. Sentiasa kekal melakukan amal taat yang dituntut oleh agama. Sentiasa hatinya berzikir dan mengingati allah dengan zikir-zikir yang diajarkan oleh rasulullah s.a.w melalui hadis-hadis yang sahih.

Persoalannya, di zaman kini berapa ramai yang bergelar pemimpin yang membaiahkan ahli berbaiah mempunyai syarat yang dinyatakan ini?

Masih ada dua lagi syarat yang akan dinayatakan...

Syarat yang keempat ialah seorang yang menjadi khalifah itu mestilah dia seorang yang sering membenci akan perkara yang munkar dan istiqamah dalam setiap perkara yang maaruf. Tegas dalam setiap perintah yang dikeluarkannya serta tidak mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan yang boleh membawa kepada perkara munkar. Dalam hal ini seorang khalifah itu adalah seorang yang bijaksana dalam setiap perlakuan, perkataan, perbuatan, arahan dan keputusan. Menjadikan alquran dan hadis, qiyas dan ijma’ ulama’ sebagai asas dalam dasar kepimpinannya.

Yang terakhir dikatakan oleh al-sy-syeikh khalifah at-thariqah syah waliyullah ad-dahlawi lagi ialah seorang khalifah atau pemimpin itu mestilah orang yang cinta ia akan ulama’ dan ilmu agama serta sering berhimpun dengan para ulama. Dalam kata lain sikap sering berdamping dengan ulama’ adalah sikap pemimpin atau khalifah yang diwarisi dari sejak kewafatan rasulullah sehinggalah ke hari kiyamat.

Kesimpulannya, syarat menjadi imam atau khalifah atau ayahanda atau syeikh atau guru itu dapat diringkaskan sepertimana berikut menurut pandangan ulama’ terkemuka ini.

1- berilmu dalam bidang alquran dan as-sunnah.

2- seorang yang adil dan bertaqwa serta berusaha untuk menjadikan diri sebagai contoh teladan yang baik.

3- zuhud kepada dunia dan cinta akhirat serta sentiasa mengingati allah dan juga amanah dalam menjalankan tugas dan tanggongjawab.

4- sentiasa menyuruh kepada perkara amar maaruf dan tegas dalam perkara nahi munkar.

5- bijaksana dalam segala urusan serta menyukai dan juga sering berdamping dengan ulama’ dalam usaha memperolehi akan keberkatan.

Mari kita sama-sama renungkan dan fikir-fikirkan. Muhasabah dan insafilah atas diri. Tanya pada diri sendiri, " layakkah aku dalam memimpin jemaah ahlul jihad ini???....https://www.facebook.com/pages/pekida/518240764866760







Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment