PESAWAT FIREFLY TERPAKSA MEMBUAT PENDARATAN KECEMASAN PULA

PESAWAT FIREFLY TERPAKSA MEMBUAT PENDARATAN KECEMASAN PULA | Satu penerbangan Firefly ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik ke Pulau Pinang, 15 minit selepas berlepas pagi ini disebabkan masalah teknikal.


PESAWAT FIREFLY TERPAKSA MEMBUAT PENDARATAN KECEMASAN PULA

“Kami berlepas dari Pulau Pinang pada jam 7 pagi dan selepas kira-kira 15 minit, kapten mengumumkan kami berpatah balik.

"Roda pesawat tidak boleh disimpan semula selepas berlepas,” kata penumpang Phuah Kylie kepada Malaysiakini pagi ini.

Semakan dengan petugas kaunter Firefly Pulau Pinang mengesahkan bahawa pesawat itu ditukar dengan pesawat lain memandangkan baikpulih tidak boleh dilakukan dalam masa ditetapkan.

Penumpang pesawat penerbangan FY1002/MH9948 dipindahkan ke pesawat lain selepas menunggu selama kira-kira satu jam di lapangan terbang tersebut, dan berlepas pada jam 8.50 pagi.

Pesawat yang baru ditukar itu tiba di Kota Bharu sejam kemudian.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment