NGERI!! PEMANDU LORI DITUSUK KAYU SEPANJANG 6 METER

NGERI!! PEMANDU LORI DITUSUK KAYU SEPANJANG 6 METER | Berpantang maut sebelum ajal’, itulah yang dilalui seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan.

NGERI!! PEMANDU LORI DITUSUK KAYU SEPANJANG 6 METER

Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang.

Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa.


Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta.

Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat tersebut.

Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.

Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan menembusi bandannya.


“Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik.

“Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment