Saya Tidak Kisah Apa Orang Nak Kata - Lana Nordin


Sempoi jugak Lana Nordin ini rupanya. Walaupun dikecam hebat kerana khabar angin dirinya ditangkap tidak berpuasa baru-baru ini, Lana menganggap perkara tersebut hanyalah perkara kecil dan sudah lali dengan kontroversi sebegitu.

"Gosip saya ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan saya dan saya tak kisah pun apa orang nak kata. Sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, saya sudah membuat penjelasan. Jadi terpulanglah sama ada mereka mahu percaya atau tidak. Kalau saya tegaskan saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak semua yang percayakan saya."


Menariknya, Lana turut mengakui yang dirinya sering ke kelab malam dan sudah biasa dengan tanggapan negatif orang ramai terhadapnya. 

"Diakui, saya seorang yang gemar ke kelab, tetapi tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Saya dah biasa orang selalu memberi tafsiran negatif berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran. Lebih baik saya ketepikan perkara itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa"

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment