[VIDEO] Keadaan Sebenar Meteor Terhempas di Russia

Ngeri! sangat menakutkan apabila aku terlihat video ni. Ia merupakan kejadian yang dianggap paling besar dalam sejarah tahun 2013. Satu meteor yang terhempas ke bumi telah terhempas di Rusia.
gambar Meteor terhempas di Rusia
Dah macam roket pun ada jugak aku tengok.

Daripada video yang aku lihat, keadaan menjadi gelap seketika di saat meteor itu melintasi langit bumi sebelum ia meletup di udara. Dengan cahaya yang begitu terang sekali ketika ia meletup, serpihan letupan itu jugak turun bagaikan hujan membasahi kawasan itu.

Dianggarkan 6 buah kota rosak teruk akibat daripada serpihan tu dan lebih 400 orang tercedera akibat kejadian itu. Nasib baik meteor itu meletup di udara, kalau betul-betul terhempas ke permukaan bumi aku rasa memang akan terjadi satu kemusnahan yang lebih besar.


Lagi dijangkakan satu Asteroid yang semakin hampir dengan bumi iaitu '2012 DA14' pula dikenal pasti mungkin akan jatuh ke bumi jugak.
Kejadian meteor ini mengingatkan aku pada janji Allah di mana hari kiamat nanti akan bertaburan bintang-bintang (meteor) ke bumi dengan dasyatnya. Adakah ini petanda awal? 
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment