Kanak-Kanak Dibelasah Guru Besar Sehingga Buta



Jaideep yang berusia lapan tahun telah diberi pengajaran oleh sekolah yang mana dia akan ingat sehingga dia mati.Jaideep kini terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan mata kirinya.
Pelajar kelas satu itu tidak dapat memahami mengapa dia di belasah dengan kejam oleh guru besar sekolahnya.
Dia dikhabarkan kehilangan matanya kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran sekolah.
Bapa Jaideep tidak dapat membayar yuran tersebut disebabkan kekangan kewangan, dan telah meminta guru besar untuk memberi mereka sedikit masa.
Walau bagaimanapun, kira-kira seminggu lalu, guru besar itu didakwa membelasah kanak-kanak itu dengan kejam sehingga Jaideep kehilangan penglihatan pada mata kirinya.Keluarga juga mendakwa bahawa polis gagal untuk mendaftar aduan mereka sehingga kini.
Sementara itu, walaupun siasatan nampaknya tidak dilakukan oleh pihak berkuasa, Jaideep nampaknya mulai trauma untuk ke sekolah.
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment