WOW!! BUAH DADA ZULIN AZIZ DALAM TEATER 'PROJEK KAHWIN' SUNTIK ELEMEN HIBURAN - PENGARAH

WOW!! BUAH DADA ZULIN AZIZ DALAM TEATER 'PROJEK KAHWIN' SUNTIK ELEMEN HIBURAN - PENGARAH | PETALING JAYA: Penerbit teater Projek Kahwiniaitu Mohd Amer Syafiq Khalip memberitahu adegan menonjolkan buah dada yang menjadi isu lakonan Zulin Aziz untuk watak Mak Long dalam tetater itu yang berlangsung pada 6 hingga 14 Jun lalu sekadar untuk menyuntik elemen hiburan semata-mata.

WOW!! BUAH DADA ZULIN AZIZ DALAM TEATER 'PROJEK KAHWIN' SUNTIK ELEMEN HIBURAN - PENGARAH

Bagaimanapun, Mohd Amer berkata, ia terpulanglah kepada penonton untuk menilai sendiri dan memberi pendapat masing-masing terhadap watak tersebut.

"Saya bersikap terbuka dan menerima segala kritikan yang membina untuk memperbaiki kesilapan pada masa depan.

"Berkenaan watak Mak Long itu ia memang ada dalam skrip dan pada saya ia hanya untuk menyuntik elemen komedi sahaja agar 'mood' penonton tidak terlalu serius," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Mohd Amer berkata, demikian ketika diminta mengulas kontroversi watak berkenaan yang dibangkitkan lakonan Zulin Aziz apabila ia dikatakan mencemarkan persembahan teater berkenaan yang dipentaskan di Istana Budaya.

Dalam pada itu, Mohd Amer turut mengakui terkilan dengan laporan sebuah akhbar yang menganggap teater tersebut tidak layak dipentaskan di pusat kesenian itu.

Jelasnya, keputusan untuk melakukan pementasan Projek Kahwin berkenaan dibuat sendiri oleh Ketua Pengarah Istana Budaya iaitu Datuk Mohamed Juhari Shaarani.


Zulin Aziz dan Sherry Alhadad antara yang berjaya mengamatkan pementasan 'Projek Kahwin'.
"Pada asalnya saya membuat kertas kerja Projek Kahwin ini untuk pementasan di Lambang Sari namun pihak Istana Budaya sendiri yang memberi peluang agar ia dipentaskan di skala yang besar.

"Pada saya pihak Istana Budaya mempunyai standard mereka sendiri terhadap sesebuah teater sama ada layak atau tidak untuk di pentaskan di mana-mana panggung mereka," katanya.

Sementara itu, menjelaskan tentang kutipan yang didakwa kurang sambutan, Mohd Amer berkata, ia telah melebihi daripada sasaran awal mereka. Malah, katanya, pihak Istana Budaya turut meminta agar ia dilanjutkan sehari lagi namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana pertindihan jadual pelakon.

"Kutipan boleh dikatakan baik kerana ada hari yang kita mencecah 800 hingga 1,000 penonton yang datang.

"Pihak Istana Budaya juga meminta agar dilanjutkan namun jadual artis tidak mengizinkan kerana mereka ada komitmen lain," ujarnya.

Sementara itu, Mohamed Juhari pula berkata, teater Projek Kahwin mencapai kriteria yang melayakan ia untuk dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Beliau juga memberi peluang tersebut kepada generasi muda sebagai pelapis kepada pengiat teater negara.

"Teater tersebut mempunyai beberapa aspek yang layak untuk dipentaskan di pentas berskala besar. Bagi saya mereka berjaya menjalankan pementasan dengan baik terutama untuk pertama kalinya.

"Ia bukan sesuatu yang mudah kerana ada produksi besar pun gagal dan tarik diri saat-saat akhir," katanya.

Tambahnya, kekurangan penonton berkemungkinan disebabkan tarikh pementasan yang diberikan jatuh pada musim cuti sekolah.

Katanya, biarpun ia tidak dipenuhi penonton seperti pementasan teater lain, namun kesemua yang datang masuk secara berbayar.

"Saya akui ia juga kesilapan pihak Istana Budaya yang memberi tarikh pada musim cuti persekolahan menyebabkan tidak ramai pelajar sekolah yang datang.

"Biarpun tidak penuh, namun semua yang datang menonton adalah berbayar dan tiada tiket percuma diedarkan," katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment