(VIDEO) DIA TERLALU MUDA, LELAKI LAMBAT MATANG, ABBY ABADI DEDAH PUNCA MASALAH RUMAHTANGGA

(VIDEO) DIA TERLALU MUDA, LELAKI LAMBAT MATANG, ABBY ABADI DEDAH PUNCA MASALAH RUMAHTANGGA

(VIDEO) DIA TERLALU MUDA, LELAKI LAMBAT MATANG, ABBY ABADI DEDAH PUNCA MASALAH RUMAHTANGGA

Masalah rumahtangga Abby Abadi yang dibina buat kali kedua dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akhirnya diketahui umum apabila pasangan itu telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam bagi memfailkan pengesahan cerai.

Seperti biasa, ramai masyarakat berlumba-lumba mengeluarkan hujah masing-masing mengenai punca pergolakan rumahtangga mereka, tak kurang juga yang menuding jari kepada Abby.

Tapi kalau anda nak tahu, Abby sendiri mengakui usia Farhan yang terlampau muda merupakan salah satu faktor mengapa hubungan suami isteri mereka tidak berjaya diselamatkan.

Dia terlalu muda untuk meletakkan diri dia bersama saya. Saya rasa macam tu. Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda lagi yang saya masih tak faham. Mungkin saya letak diri saya macam tu la. Dan saya nampak lelaki lagi lambat matang, kan?


Namun apa yang patut dipuji ialah sikap Abby yang tidak melenting atau melatah berkenaan perceraian ini, tak seperti keperibadiannya sebelum ini yang lantang bersuara mengenai sesuatu isu di laman sosial.

Malah, bekas anggota kumpulan Elite ini juga mengakui Farhan adalah seorang lelaki yang baik dan menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal memperbaiki keadaan.

Dia sangat baik, dia lelaki yang baik. Cuma dalam keadaan usia dia, dengan siapa yang ada di sekeliling dia, saya gagal la untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat ini. 

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thai dan telah disahkan di Kelantan. Terdahulu, Abby pernah melangsungkan perkahwinan dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment