TERKINI!! HARGA RUMAH NAIK LAGI 8% !

TERKINI!! HARGA RUMAH NAIK LAGI 8% ! | Kuala Lumpur - Kesukaran memiliki rumah sendiri, itulah masalah besar yang dihadapi oleh generasi muda pada masa kini. Masalah ini menyebabkan mereka terpaksa menyewa rumah sehingga ke hari tua hanya kerana harga rumah di negara ini semakin meningkat.

TERKINI!! HARGA RUMAH NAIK LAGI 8% !

Sepanjang tahun lalu, harga rumah di Malaysia dilaporkan naik 30% berbanding tahun sebelumnya dan naik 8% pada suku pertama tahun 2014.

Kenaikan suku pertama tahun ini dilihat tidak begitu drastik seperti tahun yang lalu tetapi kenaikan harga itu masih berlaku tanpa ada sebarang usaha tegas dari kerajaan mengekang kenaikan harga rumah.

Nampak gayanya, golongan muda terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memang tiada harapan memiliki rumah sendiri kecuali mereka memilih untuk tinggal di pinggir hutan.

Untuk memiliki sebuah rumah, setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan paling koman RM5,000 sebulan untuk melayakkan diri mereka membuat pinjaman membeli rumah yang rata-ratanya berharga RM350,000 seunit.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment