'SAYA DIDERA SECARA FIZIKAL DAN MENTAL' - BEKAS SUAMI ABBY ABADI | Nampaknya kisah rumahtangga Abby Abadi & Noor Fahran semakin dramatik selepas pihak lelaki hari ini tampil mendedahkan yang beliau sering menjadi mangsa keganasan domestik atau deraan Abby Abadi secara mental dan juga fizikal.
'SAYA DIDERA SECARA FIZIKAL DAN MENTAL' - BEKAS SUAMI ABBY ABADI
Menerusi laporan mStar Online hari ini, Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui (ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan.
Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka & lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.
“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.
Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan
Noor Farhan juga mendedahkan yang mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang & ekoran itu juga sering memberikan tekanan kepada lelaki itu sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah.
“Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya”
“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.
“Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya.
0 comments:
Post a Comment