PESAWAT MAS KENA LANGGAR LAGI, KALI INI KENDERAAN BAGASI


Apa sahaja yang berlaku di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sekarang pasti menarik perhatian umum.

Misalnya walaupun kemalangan boleh berlaku di mana-mana tetapi bila melibatkan pesawat MAS ia menjadi satu yang sensitif.

Apatah lagi, sebuah pesawat MAS baru sahaja dilaporkan dilanggar kereta Perodua Viva semasa di parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lepas.


Tup-tup insiden lebih kurang serupa berulang lagi apabila pesawat B737-800 MAS dilanggar pula kenderaan bagasi ketika diparkir di KLIA, semalam.

Difahamkan, pelanggaran tersebut bukan sahaja menyebabkan kerosakan pada bahagian bawah badan pesawat yang robek malah memberi kesan pada fiuslaj.

Hal ini menyebabkan penumpang yang sepatutnya menaiki pesawat itu terpaksa dipindahkan ke pesawat lain.

Jurucakap MAS yang mengesahkan kejadian ini dilaporkan memberitahu, pemandu kenderaan bagasi terlibat kini digantung kerja sementara siasatan dijalankan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment