JIMMY SHANLEY NAFI BERKAHWIN DENGAN JANDA

JIMMY SHANLEY NAFI BERKAHWIN DENGAN JANDA | Terkejut kami apabila mengetahui pengacara dan penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley sudah pun bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang bernama Mariam Jamilah Abdul Jalil minggu lalu.

JIMMY SHANLEY NAFI BERKAHWIN DENGAN JANDA

Mana taknya, Tak ada angin tak ada ribut, tup tup dah kahwin. Rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

Dalam kegembiraan Jimmy menyambut kehadiran orang baru dalam kehidupannya, tiba-tiba timbul desas-desus kononnya Jimmy bernikah dengan janda. Eh, betul ke?


Saat-saat manis Jimmy dan Mariam Jamilah

Kalau betul pun, apa salahnya ye tak? Jimmy pun duda anak satu. Tak salah rasanya menikahi janda kerana mereka pun wanita yang mempunyai hasrat memiliki keluarga yang bahagia.

Namun, melalui laporan akhbar Utusan, Jimmy ada meluahkan kekesalannya dan memberitahu isterinya itu bukanlah janda seperti yang dikatakan malah belum pernah berkahwin.

Dakwaan dalam sebuah akhbar sebelum ini yang mengatakan saya akan berkahwin dengan janda adalah tidak benar sama sekali.

Agak kecewa apabila artikel itu ditulis tanpa fakta yang sahih. Saya berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan bukanlah disebabkan mahu berahsia sangat, cuma perlu menjaga banyak hati dan perasaan.

Gituu penjelasan Jimmy. Mestilah kecewa bila dengar tohmahan sebegitu kepada isteri kan? Yang tukang buat cerita pun, lain kali cek dulu fakta, jangan ikut sedap menulis. Hehe

Dengar cerita wanita tersebut berusia 27 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan. Untung Jimmy dapat memperisterikan wanita bekerjaya, cantik pula tu!

Sekadar #throwback semula, Jimmy sebelum ini pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy (2010) namun bercerai pada tahun 2012 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahrah Rania Shanley.

Apapun, jom kita sama-sama berdoa semoga rumahtangga yang baru dibina ini kekal ke akhir hayat.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment