'INI MEMANG BIADAP!' - CHE TA MELENTING LAGI DI INSTAGRAM | Setiap hari pasti ada je isu mengenai pelakon dan pengacara jelita, Rozita Che Wan. Gambar bercium mulutlah, block peminat di Instagram, eh, macam-macamlah!
'INI MEMANG BIADAP!' - CHE TA MELENTING LAGI DI INSTAGRAM
Sebentar tadi Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta mengamuk lagi di Instagram miliknya. Namun, kali ini bukan kerana dikritik peminat tetapi kerana berang apabila ada individu menggunakan foto miliknya tanpa kebenaran.
Melalui foto yang telah dimuat naik di Instagramnya, Che Ta menyifatkan individu tersebut sengaja mencari pasal dan biadab.
Marah betul Che Ta dengat mamat tu, dia juga ada menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menyertai mana-mana persatuan seperti didakwa.
Lagi best bila ada peminat yang mendakwa mereka turut menerima pesanan dari aplikasi WhatsAppyang menunjukkan Che Ta turut menyertai persatuan tersebut.
Hah! Macam mana ni? Susah juga jadi artis kan? Kot iya pun nak gunakan nama Che Ta untuk melariskan produk ke, persatuan ke, jumpalah dengan tuan badan dulu.
Ini tidak, ikut suka hati je. Tak takut kena saman ke dik oi? Rasanya masih segar dalam ingatan kami bahawa Che Ta sebelum ini pernah mengakui dia bakal mengemukakan notis tuntutan terhadap 2 buah produk kecantikan dan kesuburan.
Semua itu kerana produk tersebut menggunakan nama dan foto Che Ta tanpa kebenaran yang bertujuan untuk melariskan lagi jualan produk tersebut terutamanya dalam media sosial.
Apapun, kami harap Che Ta sabar la ye. Adat jadi selebriti, kalau dah ada pakej lengkap mesti ada je pihak nak ambil kesempatan.
P/S: Sambil menyelam minum air, nanti dah tersedak baru tau :)
0 comments:
Post a Comment