IKLAN MINYAK WANGI RIHANNA DIHARAMKAN DI UK

IKLAN MINYAK WANGI RIHANNA DIHARAMKAN DI UK | Setelah menimbulkan kontroversi dengan pakaian separuh bogelnya pada awal minggu ini, kali ini iklan kempen minyak wangi Rihanna pula telah diharamkan daripada ditayangkan di United Kingdom (UK).

IKLAN MINYAK WANGI RIHANNA DIHARAMKAN DI UK

Menerusi poster iklan Rogue by Rihanna itu, penyanyi kelahiran Barbados ini bergambar dengan separuh bogel dengan hanya menggunakan seluar dalam berwarna hitam dan kasut tumit tinggi dari rona yang sama.


Menurut pihak berkuasa berkaitan pengiklanan di UK, poster itu dilihat sebagai provokatif dengan nilai sensual yang mana menyebabkan ianya diharamkan daripada ditayangkan di tempat umum dan kepada kanak-kanak.


“Kami tidak sepenuhnya mengharamkan, tetapi iklan tersebut tidak akan ditayangkan di kawasan umum,” kata salah seorang daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pelepasan pengiklanan di sana.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment