DIANA DANIELLE AKUR TIDAK BOLEH MENGANDUNG LAGI

DIANA DANIELLE AKUR TIDAK BOLEH MENGANDUNG LAGI | Siapa yang tak nak anak, kan? Walaupun sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang comel, Diana Danielle tetap menyimpan hasrat untuk memiliki anak kedua.

DIANA DANIELLE AKUR TIDAK BOLEH MENGANDUNG LAGI

Tapi sayangnya, pelakon dan pengacara itu terpaksa melupakan seketika hasrat berkenaan hanya kerana dia telah menandatangani kontrak yang tidak menggalakkannya untuk hamil.

Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.




Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

Disebabkan itu, Diana merancang untuk menimang cahaya mata seterusnya dalam masa dua tahun akan datang selepas tamat kontrak.


Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua.

Tak apalah, sekurang-kurangnya Diana dan Farid dah memiliki seorang anak. Soal anak kedua, ketiga atau seterusnya serahkan sahaja pada rezeki.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment