WANITA INI CUCUK DADAH IKUT KEMALUAN


Pandangan Barat terhadap China pada penghujung abad ke-18 memang sangat 'particular'. China dilihat sebagai gudang barangan antik yang bernilai tinggi. Walau bagaimanapun, Barat tidak mampu mengalahkan China kecuali menerusi kaedah-kaedah tertentu.

China akhirnya diserang dengan menggunakan dadah atau lebih tepat lagi candu. Perang Candu yang tercetus, akhirnya menyebabkan negara besar tersebut huru-hara. Bahkan, akibat kesengsaraan Perang Candu menyebabkan ramailah rakyatnya yang terpaksa meninggalkan tanah leluhur, termasuklah ke Tanah Melayu... dan mereka berpindah secara beramai-ramai!


Dadah adalah senjata yang paling efisien untuk mengalahkan sesuatu bangsa yang sangat dominan. Dadah tidak membunuh secara serta-merta, tetapi sebaliknya melemahkan segala sistem secara perlahan-lahan.

Di Malaysia, dadah merupakan ancaman yang paling besar kepada generasi muda. Dadah tidak lagi dari jenis tradisional, sebaliknya lebih banyak dadah sintetik yang boleh diproses dengan kaedah-kaedah saintifik dengan kadar yang lebih murah dan banyak.

Sindiket dadah di Malaysia dikatakan mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit saban tahun. Meskipun Malaysia mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada mereka yang terlibat mengedar dadah, namun hukuman tersebut tidak mengerikan. Bahkan menjadikan Malaysia sebagai hub dadah yang paling terkemuka di rantau Asia Pasifik.



Pada masa yang sama, kerajaan pula terpaksa membazirkan peruntukan yang besar untuk memulihkan penagih-penagih dadah yang dianggap sebagai pesakit. Namun bilangan tersebut tidak berkurangan, bahkan semakin meningkat saban tahun.

Mungkin sudah sampai masanya Malaysia memperkenalkan hukuman yang lebih keras terhadap penyalahgunaan dadah, tidak lagi menggunakan pendekatan pemulihan yang ternyata gagal memberikan kesedaran dan keinsafan kepada pengguna-pengguna baru atau bakal penyalahguna dadah.


Perhatikan gambar-gambar yang disajikan. Mungkin ada antara kita yang tidak pernah membayangkan bagaimana penagih dadah melepaskan kegianan mereka. Sekalipun suatu ketika dahulu, media pernah menyiarkan bagaimana penagih dadah memasukkan dadah menerusi kemaluan mereka, berita-berita sebegitu dianggap sebagai taboo dan kebanyakan penerbitan akhbar serta majalah terpaksa akur dengan arahan tidak bertulis itu.

Dadah sudah seakan-akan seiring dengan pelacuran dan judi. Ada ura-ura daripada pihak-pihak pejuang hak asasi manusia yang mendesak kerajaan agar MENGHALALKAN penyalahgunaan najis dadah dengan menyediakan jarum suntikan serta kondom bagi mengelakkan penyebaran AIDS... sedangkan masalah sebenar bukanlah AIDS, sebaliknya dadah dan perzinaan itu sendiri adalah masalah yang perlu dihapuskan. 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment