'MAWAR FAREEDA' ANGKUH, SINDIR PELANGGAN DI FACEBOOK

'MAWAR FAREEDA' ANGKUH, SINDIR PELANGGAN DI FACEBOOKSeperti tidak mengambil iktibar dari kejadian yang lalu, admin page Mawar Fareeda Fanpage sekali lagi menimbulkan masalah sekali gus menjejaskan imej syarikat pengeluar tudung Fareeda tersebut dengan menyindir pelanggannya secara terbuka di Facebook.

Kelancangan ‘mulut’ admin Mawar Fareeda Fanpage ini bakal memaksa Mawar sekali lagi memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan mereka.

Baru-baru ini seorang pelanggan yang juga peminat tudung Mawar mengadu sikap kurang ajar admin page tersebut. 

'MAWAR FAREEDA' ANGKUH, SINDIR PELANGGAN DI FACEBOOK

Dalam komen tersebut, pelanggan Mawar mengadu tag jenama Fareeda mudah terkeluar walaupun baru pertama kali memakainya. Namun admin page tersebut membidas dakwaan tersebut dan menyindir pelanggan itu kononnya tidak percaya dengan masalahnya. 

Admin page tersebut turut memberitahu jika dikikis dengan pisau sekali pun, tidak mungkin tag mereka terkeluar.

Nampaknya admin page Mawar ini tidak serik walaupun sudah beberapa kali ditegur mengenai sikapnya yang tidak menghormati hati dan perasaan pelanggan.

Sepatutnya admin page Mawar harus lebih banyak bersabar dan melayan pelanggan dengan lebih profesional, bukannya mengikut emosi.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment