Wartawan Terlampau Di India Di Pecat ( Video )




UTTARAKHAND - Seorang wartawan dipecat kerana membuat liputan bencana sambil duduk di atas bahu seorang mangsa banjir di sini, India, lapor sebuah akhbar.

Majikannya, News Express menyifatkan wartawan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan di samping melanggar etika syarikat.

Wartawan tersebut, Narayan Pargaien membuat laporan di sini yang merupakan kawasan paling teruk dilanda bah dengan memanjat ke atas bahu seorang mangsa banjir.

"Anda tidak boleh memanjat ke atas bahu seseorang untuk membuat laporan berita," kata Rangkaian Televisyen News Express, Nishant Chaturvedi.

"Kami telah memecat Narayan pada Selasa lalu," tambahnya.

Walaupun News Express tidak pernah menyiarkan liputan tersebut rakaman itu telah dibocorkan di internet dan ditonton oleh lebih 2,000 pengguna di laman web YouTube.

Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment