Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia (8 Gambar)



Rasanya ini satu-satunya kolam renang di dunia yang memerlukan anda memakai kelengkapan menyelam di dalamnya. Mempunyai kedalaman sehingga 34.5 meter, kolam renang yang diberi nama Nemo 33 ini adalah merupakan kolam renang paling dalam di dunia.

Terletak di Brussels, Belgium, kolam renang ini menampung 2.78787 juta liter air tanpa klorin yang mempunyai suhu setakat 30 darjah Celsius. Antara ciri lain yang menarik adalah ianya menempatkan beberapa buah gua dalam air pada kedalaman 10 meter, selain dibina dengan beberapa tingkap dalam air yang membenarkan para pengunjung untuk menjenguk ke dalam kolam pada kedalaman yang berbeza.
Kolam renang ini direka oleh pakar juruselam dari Belgium, John Beernaerts, pada tahun 2004 berfungsi sebagai tempat menyelam pelbagai guna, pusat rekreasi dan juga pusat pengambaran filem. Rasanya ada tak yang berani terjun dalam kolam ni tanpa pakai apa-apa kelengkapan menyelam?







Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. bagus untuk buat confined water nie.

    ReplyDelete
  2. Rasanya nak buat juga untuk negara kita. Letak replika rumah kampung didalam kolam diantaranya...

    ReplyDelete