Shae: Bobo Tak Rosakkan Lagu 'Sayang'


Pelantun lagu 'Sayang', Sheryl Gething atau lebih dikenali dengan nama Shae berkata dia tidak pernah merasakan video parodi yang dibuat oleh artis baru MIG, Bobo merosakkan lagu tersebut, malah dia gembira kerana Bobo memilih lagunya.

"Pertama kali saya tonton klip video parodi itu, saya ketawa besar. Ia memang lucu! Biarpun ada yang memberi kritikan negatif terhadap Bobo tapi bagi saya dia sangat menghiburkan.

"Saya tak pernah rasa dia merosakkan lagu tersebut. Bagi saya dia meminati lagu 'Sayang', lantas dia membuat video parodi," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya di Alamanda Shopping Centre baru-baru ini.

Shae dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia seronak dan teruja ketika membuat persembahan bersama Bobo di Anugerah Blockbuster baru-baru ini.
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment