Pembunuh Dirang Menangis





JOHOR BAHRU : Tangisan Muidin Maidin, lelaki yang membunuh dan membakar budak perempuan, Dirang, 5, sebaik dihukum ke tali gantung tidak dapat memadam perlakuan kejam lelaki ituyang berpunca akibat dendam kesumat terhadap nenek si mati.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman mandatori itu selepas mendapati keterangan pembelaan Muidin, 26, gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan Muidin sebagai penjenayah paling kejam, berbahaya dan tidak layak bersama masyarakat kerana bernafsu binatang.

“Asid deoksiribonukleik (DNA) kamu didapati ada pada anus dan vagina si mati. Dia seorang insan kerdil (berusia 4 tahun ketika itu) tidak mengerti apa-apa.

“Kamu telah menekup si mati hingga lemas dan tak bernyawa, kemudian kamu cuba lupuskan dia dengan cara membakarnya.

“Kamu fikir kamu bijak, tapi berkat solat hajat, doa dan harapan daripada rakyat negara ini akhirnya Allah memberi jalan hingga jasad Dirang ditemui
.
“Kematian Dirang sangat kejam dan tragis. Hanya ada satu hukuman untuk kes ini dan dengan itu mahkamah memutuskan kamu digantung di leher sampai mati,”

Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Uik...nak nangis sebab apa? patut sukalah, dah dpt balas dendam n x kan x ready ke tali gantung kot Kalau dh bunuh orang. ish..ish..ish... alfatihah

    ReplyDelete
  2. Itulah balasan org yg kejam...pembunuhan dirang sgt sadis....but still...xley terima sikap ibu dia yg menyuruh anak usia 4thun ke kedai beli maggi krn leka berfb...

    ReplyDelete
  3. ~keadilan d dunia: yg salah mendptkn balasan...hukum d teggakkan semoga sempat bertaubat mohon keampunan...
    pengajaran jgn sekali buat kjahatan mngikut perasaan.

    ReplyDelete