Doktor Jalin Hubungan Seks Dengan Dua Pesakit


MELBOURNE : Seorang doktor di sini yang didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan dua pesakitnya sekali lagi dilarang bertugas selepas dia mengaku membayar seorang pelacur yang juga pesakitnya untuk tujuan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada 2001, perkhidmatan Dr. Richard Young(gambar), 42, digantung kerana dia menjalin hubungan seks dengan dua pesakit yang merupakan pekerja seks.

Dia yang merupakan bekas pelajar Universiti Melbourne diberi amaran dan diarah menjalani kaunseling pada 2006 selepas membuat komen yang tidak sesuai ke atas seorang pesakit semasa satu pemeriksaan sakit puan.

Doktor itu juga didapati melakukan pemeriksaan yang tidak perlu ke atas pesakit wanita itu di bahagian alat sulitnya.

Namun, pada satu keputusan yang dibuat pada minggu lalu oleh Tribunal Pentadbiran Awam Victoria, pendaftaran Dr. Young sebagai seorang doktor dibatalkan.

Dia tidak layak untuk bertugas sehingga Julai tahun depan selepas menawarkan sejumlah wang kepada seorang pelacur untuk melakukan seks oral semasa satu pemeriksaan kesihatan dilakukan pada Mac 2004. – Agensi
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment