Benjy Ditangkap Lagi, Positif Dadah Jenis Syabu

Pelakon, Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pagi tadi atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.


Anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi tadi selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu esok di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya.
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment