Bapa Waheeda Meninggal Dunia, Selamat Dikebumikan


Takziah diucapkan buat penyanyi Waheeda yang dahulunya hit dengan lagu Wassini apabila bapa tercintanya, Abdul Wahab Hj Yusuf telah dilaporkan meninggal dunia, kira-kira jam 4.20 petang semalam.

Malaysian Digest.com melaporkan, Allahyarham Abdul Wahab telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor selepas menghidap kanser hati dan Hipetitis B sejak bertahun-tahun.

Pemergian arwah juga diterima oleh Waheeda beserta ibu dan adik-beradiknya dengan hati yang penuh redha. Malah dia juga menganggapnya ianya sebagai ketentuan daripada Allah SWT.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kota Damansara pagi tadi, kira-kira jam 9.

Bagi pihak kami ingin sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapa Waheeda. Mudahan-mudahan rohnya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment