Ashraf Muslim Tunggu Masa Sesuai Perjelas Spekulasi


Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim yang kini dilanda kontroversi mengambil pendirian menutup mulut dari membuat sebarang kenyataan berhubung spekulasi perancangan perkahwinan keduanya dengan seorang gadis bernama Sakinah.

"Sampai masa saya akan memberi penjelasan. Namun sekarang biarlah saya berdiam daripada memberikan sebarang penjelasan berhubung spekulasi yang tercetus.

"Apatah lagi, saya tidak mahu terjadi perang mulut dengan sesiapa. Sebagai suami dan lelaki, saya ada cara sendiri untuk menyelesaikan perkara ini. Malah, banyak pihak dan hati yang perlu dijaga," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ashraf, 32, lagi, dia yang kecewa dengan spekulasi tersebut memberitahu bahawa dia sangat sayangkan isterinya.

"Saya bersyukur kerana keluarga memahami walaupun tertekan kerana perlu berhadapan spekulasi itu. Bahkan mereka juga tahu perkara sebenar.

"Jadi saya tak nak cakap apa-apa lagi kerana tidak mahu wujud spekulasi lain pula selepas ini serta berbalas kenyataan kepada media."
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment