AIM 20 Perkenalkan Kriteria Baru


AIM 20 perkenalkan kriteria baru
Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) yang bakal berlangsung pada 14 Disember akan datang menyaksikan perubahan beberapa kriteria pencalonan serta satu kategori baru.

Pengerusi Jawatankuasa AIM, Rosmin Hashim mengumumkan antara perubahan kriteria yang dilakukan adalah syarat kelayakan untuk penerbit album, terutamanya untuk kategori Album Terbaik telah ditambah untuk memberi ruang dan menerima pencalonan untuk album yang diterbitkan oleh penerbit yang berasal dari luar negara tetapi berpangkalan di Malaysia. Bagi kategori Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Hip-Hop Terbaik, Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara dan Album Terbaik, kesemua lagu yang ingin dicalonkan haruslah mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus penggunaan Bahasa Melayu.

"Kita longgarkan syarat kepada 60 peratus Bahasa Malaysia dan 40 peratus bahasa lain pada semua lagu kerana ikutan muzik sekarang ini lebih banyak menghasilkan lagu-lagu bahasa campuran," katanya ketika ditemui pada sidang media AIM 20 baru-baru ini.

AIM 20 turut memperkenalkan kategori baru iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu.

"Sebelum ini lagu-lagu seperti itu dicalonkan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu. Kumpulan yang mempunyai lebih daripada satu vokal dan tidak memainkan alat muzik seperti Forteen atau Rabbani layak dalam kategori ini," katanya lagi.

Bakal diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil dan bertema "Meraikan Kemuncak Segala-Galanya", AIM 20 akan menyaksikan 20 kategori dipertandingkan kali ini.
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment