Ketabahan Aishah Samad

Betabahan Aishah Samad apabila kaki dan tangan di potong akibat jangkitan Kuman:-Puan Aishah Samad ialah bekas pemenang pingat gangsa dalam acara menembak berpasukan pada Sukan Sea 2003. Bekas atlet Singapura ini bertugas sebagai seorang jurulatih apabila beliau tiba-tiba diserang jangkitan bakteria tahun lalu. Akibatnya kaki dan tangan beliau terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa beliau. Puan Aishah hanya diberikan 20% peluang untuk hidup ketika dirawat di unit penjagaan rapi Hospital Changi selama 3 bulan. Nasib menyebelahi beliau dan ajal masih belum tiba. Aishah Samad kini kembali pulih. Sungguhpun begitu beliau terpaksa belajar hidup tanpa kemampuan menggunakan kaki dan tangan. Pada awalnya beliau mahu mengalah tetapi berkat dorongan adik dan anak-anak beliau, ibu kepada dua orang anak lelaki ini berusaha untuk tidak menyerah kalah. 

"Kali pertama saya menyedari saya sudah tidak mempunyai tangan dan kaki saya tidak mampu menangis. Tetapi lama kelamaan saya menjadi murung. Tetapi saya bersyukur ahli keluarga saya kerap mengatakan mereka menyangi saya dan ini memberikan saya semangat baru" 

Semoga beliau tabah menjalani ujian hidup. 



Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. ya allah kau bg lah hidayah pada insan ini.untuk menutup aurat.amin.hamba yg allah sayang

    ReplyDelete