VIDEO: Jom Kembali Era 50-an, Kempen Mengundi Kali Pertama Di Tanah Melayu





SEPERTI yang kita semua sedia maklum, pilihanraya umum pertama di negara kita berlangsung pada 27 Julai 1955.

Parti seperti PAS, Parti Negara di bawah Dato’ Onn, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Dalam pilihanraya itu, Parti Perikatan menangi 51 dari 52 kerusi. 1 kerusi dimenangi PAS.

Dengan kemenangan ini, kabinet telah dibentuk.

Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Sebelum pilihanraya itu diadakan, pelbagai kempen telah dijalankan oleh kesemua parti yang bertanding.

Namun antara yang paling menarik ialah kempen untuk meminta penduduk mengundi ketika itu yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Zainal Alam.

Walaupun medium TV tidak begitu meluas ketika itu, ternyata apa yang dibuat oleh Zainal tetap menarik untuk ditonton.

Nak tengok? Jom layannnnn….


Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment