Misteri Batu Belah: Realiti Atau Fantasi?


Batu Belah di Pulau Besar, Melaka


Terletak dibahagian tengah Pulau Besar di atas puncak yang tinggi. Ianya merupakan dua batu besar yang tinggi berhampiran diantara satu sama lain. Batu besar setinggi 3 meter dan mempunyai rekahan ditengah-tengahnya selebar lebih kurang 35 cm dengan kedalaman sejauh 1.5 meter ke dalam batu. Jarak yang renggang dibahagian atas dan mengecil dibahagian bawah kelihatan seperti dibelah.

Lagenda mengenai batu tersebut mempunyai dua kisah tentang kewujudannya. Kisah pertama, pada satu masa dulu, sebuah tongkang telah pecah dimuara sungai Batu Pahat. Sebahagian dari bahagian kapal telah hanyut ke Pulau Besar lalu menjadi Batu dan sebahagian lagi tersadai di sebuah kampung Tongkang Pecah.

Satu lagi kisah ialah mengenai sekumpulan pendekar dan pahlawan menunjukkan kehebatan ilmu masing-masing. Ada yang membelah dan menebang pokok besar dengan sekali cantas dan ada yang membelah bukit dengan pelbagai cara dengan kehebatan masing-masing.

Seorang panglima yang berasal dari Indonesia, Panglima Hitam, berasa tercabar lalu menunjukkan kehandalannya membelah batu tersebut dengan menjelirkan lidahnya seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Kawasan ini juga sering menjadi tumpuan kepada pengunjung-pengunjung di Pulau Besar. Orang ramai juga berusaha memasuki belahan batu dengan bahu kanan serta keluar semula juga dengan bahu kanan.


Pemandangan indah sekitar Pulau Besar juga dapat dinikmati melalui puncak batu belah ini.

Dikatakan tidak semua orang mampu berbuat demikian dan hanya yang bertuah serta terpilih sahaja mampu melakukannya.

Rekahan batu belah di lihat dari puncak batu pemandangan sekitar Batu Belah… masih banyak rahsia yang belum terungkai
Share on Google Plus

About Anonymous

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment